Wednesday 20 April 2011

anjing penyelamat dari serangan ular tedung selar






diva














Keperluan memiliki anjing amat penting bagi yang mengusahakan projek penternakan dan pertanian seperti ditempat saya. Paling kurang 2 ekor anjing diperlukan, buat masa ini saya memiliki dua ekor anjing (diva&jaya) dan kemarin saya telah menyelamatkan 3 ekor anak anjing ditengah jalan dimana terdahulu dua ekor telah mati dilanggar kereta. Anak-anak anjing itu saya letakan dalam kurungan moga selamat sampai besar.Nanti saya paparkan gambar.






ular tedung selar














Baru-baru ini kolam saya telah diserang oleh dua ekor ular tedung selar, jenis ular ini adalah jenis berpasangan, Hari pertama saya berjaya membunuh seekor dari ular ini ketika ia cuba menyerang anak ayam. Keeasokan harinya seekor lagi telah datang ditempat yang sama munkin mencari pasangannya. Nasib baik ketika ia muncul  anjing saya telah mengesannya terlebih dahulu.

Sebagai orang islam memang agak janggal bila kita memelihara anjing tetapi apabila kita telah mula memelihara anjing  ia merupakan haiwan senang dilatih dan patuh pada arahan tuan. Jika anda rasa perlu untuk memelihara anjing  demi keselamatan dapatkan nasihat dan taknik dari saya agar anjing anda tidak menganggu ternakan anda dan berkeliaran merata-rata.

lokasi dan aktiviti teratak jerih impian






ayam ternakan








Mengambil nama berasaskan setiap usaha penuh ranjau dan dugaan sebelum setitis kejayaan dikecapi saya telah menamakan kolam dan pusat penternakan itik, ayam ini sebagai teratak jerih impian. Terletak di kampung Kelubi Dalam, Jitra Kedah kedudukanya berhampiran Tasik Darulaman yang dapat kita lihat bila kita melepasi tol Jtira arah ke Bukit Kayu Hitam.

Pada asalnya kawasan ini hanya merupakan sebuah tapak kolam tinggal yang amat menakutkan. Ramai kawan-kawan saya mengatakan suatu yang mustahil untuk saya mengusahakan tanah ini berikutan hutan paya yang tebal dan ditambahkan lagi kedudukanya berhampiran hutan paya yang penuh dengan kerbau separuh liar(kalau liar tak ada orang punya ini ada pulak tuanya tapi dibiarkan bebas) dan macam-macam  binatang liar termasuklah tedung selar dan harimau akar.Pasal hantu pulak jangan cerita la, macam-macam jenis ada tapi sampai sekarang tak pernah jumpa dengan saya Alhamdulillah.Munkin dia kesian kat saya kot.

Memang susah untuk mendapatkan tanah untuk disewa area Jitra ni ada pun kawasan selalu banjir jadi saya setuju sewa saja tanah ni. lantak la apa nak jadi saya tekad nak usahakan tanah ni. Bebekalkan modal yang tak seberapa saya mulakan projek saya ni. Hutan dah jadi padang ,kolam yang dulu tak nampak kolam dah mula boleh nampak ikan. Alhamdulillah. Calar balar dah penuh kat badan darah dah belambak dihisap lintah, semua ni kuatkan semangat saya supaya tak berpaling kebelakang lagi. Tak ada apa yang mustahil untuk kita miliki selagi kita terus berusaha.

Pada mulanya saya banyak bertumpu pada pembenihan ikan keli, kebetulan sebelum ni saya dah biasa mengusahakan pusat pembenihan ikan keli di Sungai Petani bersama beberapa orang rakan kongsi yang semuanya kaum Cina. paham-paham la bila kita sorang je melayu yang lain Cina macam-macam jadi, lama-lama rasa rugi pulak ilmu kita punya orang dapat untung buta je!. Dengan semangat anak melayu sentiasa boleh saya teruskan usaha itu disini .

Bebekalkan modal tak seberapa tanpa bantuan mana-mana pihak saya mulakan projek pembenihan, cuba juga buat pemohonan dengan Pegawai Perikanan Jitra minta bantuan tapi faham-faham la bayang pun tak nampak' itu yang dikatakan nak membantu?Pasal tu la saya rasa banyak penternak ni yang telah berjaya bila ada pegawai jabatan datang melawat kawasan mereka halau je!

Baru nak rancak buat anak keli dugaan tiba pula,Kedah selalu dilanda banjir, walau kolam saya tak kena teruk tapi ramai penternak ikan keli rugi besar, bila mereka dah hilang modal susah sikit nak buat baru jadi anak ikan pun kurang jalan. Mula-mula pening juga nak buat apa,tapi bila jadi pekara macam ini otak kena cepat pusing jangan jadi buntu. Kawasan kolam yang tak digunakan saya buat ternakan ayam dan itik, benih saya buat sendiri. Alhamdulilah ada juga hasilnya, malah lebih lumayan dari ikan keli. Saya tekad teruskan usaha ini hingga berjaya tanpa toleh kebelakang lagi. Walau modal kecil saya berdikit-dikit membesarkan usaha saya ini.

Itulah serba sedikit salam perkenalan dari saya, moga kunjungan anda ke Teratak Jerih Impian dapat kita bersama-sama membincangkan persoalan tentang usaha penternakan dan dunia pertanian. Amin.

Monday 18 April 2011

SELAMAT DATANG KE TERATAK JERIH IMPIAN

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman dan penat jerih petani dan penternak demi mengejar satu impian.

Sememangnya bidang penternakan dan pertanian ini pada luaranya merupakan satu usaha yang lumayan, menjanjikan keuntungan tapi berapa ramai kah atara kita yang telah berjaya mencapai impian ini? Kepada yang telah berjaya betapa perit dugaan terpaksa dilalui demi mencapai impian ini dan tanpa usaha dan ketabahan kita lihat ramai teman-teman kita kecewa dan beralih mengusahakan apa-apa perkerjaan yang tidak beresiko seperti bidang pertanian ini.

Adakah tindakan ini betul?

Sepekara lagi kekurangan ilmu dan rasa serba tahu atau lebih senang dipangil bodoh sombong telah banyak menengelamkan usahawan pertanian terutama bangsa melayu .

 Ilmu.

 Bila berkata pasal ilmu ini sampai mati pun kita belajar.Betul tak? tapi berapa ramaikah yang betul-betul belajar tentang usaha mereka, dan adakah tanpa ilmu itu kita akan berjaya? kita lihat sendiri bagaimana bangsa Cina begitu maju dalam bidang pertanian,tapi siapakah mereka? pernah kita tanya berapa kalikah mereka gagal sebelum berjaya? berapa banyak duit lesap bila usaha tak berjaya? dan berapa banyak masa dan wang dihabiskan demi mendapat ilmu dalam usaha mereka itu. Mereka tetap sama seperti kita... tak ada bezanya, malah saya rasa kita lebih mampu berbanding bangsa Cina ini tapi apa yang malang kita telah terlalu lama ditanam dengan omongan nagetif apa saja yang orang Cina buat itu semuanya jahat,tipu dan macam-macam lagi.

Pernahkah kita berfikiran positif yang mereka berjaya kerana usaha  dan penat jerih mereka sendiri. Sedarlah bangsaku kita perlu berubah , tak perlu berbalah dengki mendengki, marilah kita begabung demi mengharungi jerih demi mencapai impian dalam bidang pertanian ini. kita kongsi bersama ilmu dan pandangan didalam blog ini.

Salam perkenalan dari saya Badrul Hisham Badri seorang petani kecil yang ingin mengapai kejayaan dihadapan.