Wednesday 20 April 2011

lokasi dan aktiviti teratak jerih impian






ayam ternakan








Mengambil nama berasaskan setiap usaha penuh ranjau dan dugaan sebelum setitis kejayaan dikecapi saya telah menamakan kolam dan pusat penternakan itik, ayam ini sebagai teratak jerih impian. Terletak di kampung Kelubi Dalam, Jitra Kedah kedudukanya berhampiran Tasik Darulaman yang dapat kita lihat bila kita melepasi tol Jtira arah ke Bukit Kayu Hitam.

Pada asalnya kawasan ini hanya merupakan sebuah tapak kolam tinggal yang amat menakutkan. Ramai kawan-kawan saya mengatakan suatu yang mustahil untuk saya mengusahakan tanah ini berikutan hutan paya yang tebal dan ditambahkan lagi kedudukanya berhampiran hutan paya yang penuh dengan kerbau separuh liar(kalau liar tak ada orang punya ini ada pulak tuanya tapi dibiarkan bebas) dan macam-macam  binatang liar termasuklah tedung selar dan harimau akar.Pasal hantu pulak jangan cerita la, macam-macam jenis ada tapi sampai sekarang tak pernah jumpa dengan saya Alhamdulillah.Munkin dia kesian kat saya kot.

Memang susah untuk mendapatkan tanah untuk disewa area Jitra ni ada pun kawasan selalu banjir jadi saya setuju sewa saja tanah ni. lantak la apa nak jadi saya tekad nak usahakan tanah ni. Bebekalkan modal yang tak seberapa saya mulakan projek saya ni. Hutan dah jadi padang ,kolam yang dulu tak nampak kolam dah mula boleh nampak ikan. Alhamdulillah. Calar balar dah penuh kat badan darah dah belambak dihisap lintah, semua ni kuatkan semangat saya supaya tak berpaling kebelakang lagi. Tak ada apa yang mustahil untuk kita miliki selagi kita terus berusaha.

Pada mulanya saya banyak bertumpu pada pembenihan ikan keli, kebetulan sebelum ni saya dah biasa mengusahakan pusat pembenihan ikan keli di Sungai Petani bersama beberapa orang rakan kongsi yang semuanya kaum Cina. paham-paham la bila kita sorang je melayu yang lain Cina macam-macam jadi, lama-lama rasa rugi pulak ilmu kita punya orang dapat untung buta je!. Dengan semangat anak melayu sentiasa boleh saya teruskan usaha itu disini .

Bebekalkan modal tak seberapa tanpa bantuan mana-mana pihak saya mulakan projek pembenihan, cuba juga buat pemohonan dengan Pegawai Perikanan Jitra minta bantuan tapi faham-faham la bayang pun tak nampak' itu yang dikatakan nak membantu?Pasal tu la saya rasa banyak penternak ni yang telah berjaya bila ada pegawai jabatan datang melawat kawasan mereka halau je!

Baru nak rancak buat anak keli dugaan tiba pula,Kedah selalu dilanda banjir, walau kolam saya tak kena teruk tapi ramai penternak ikan keli rugi besar, bila mereka dah hilang modal susah sikit nak buat baru jadi anak ikan pun kurang jalan. Mula-mula pening juga nak buat apa,tapi bila jadi pekara macam ini otak kena cepat pusing jangan jadi buntu. Kawasan kolam yang tak digunakan saya buat ternakan ayam dan itik, benih saya buat sendiri. Alhamdulilah ada juga hasilnya, malah lebih lumayan dari ikan keli. Saya tekad teruskan usaha ini hingga berjaya tanpa toleh kebelakang lagi. Walau modal kecil saya berdikit-dikit membesarkan usaha saya ini.

Itulah serba sedikit salam perkenalan dari saya, moga kunjungan anda ke Teratak Jerih Impian dapat kita bersama-sama membincangkan persoalan tentang usaha penternakan dan dunia pertanian. Amin.

No comments:

Post a Comment